

Zuhairi's email address and phone number have been validated.
Zuhairi
- Rate Ksh. 1,424
- Response 1h

Ksh. 1,424/hr
1st lesson free
Hai, nama saya Cikgu Zuhairi. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek bahasa Melayu selama 2 tahun di peringkat menengah. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu dan Diploma Pascasiswaz
Lesson location
- Online
About Zuhairi
Saya merupakan guru yang tenang dalam mengajar pelajar berdasarkan kemampuan masing-masing. Saya memilih pendekatan terbeza bagi menetapkan aras yang sesuai dengan kognitif pelajar agar mereka lebih mudah memahami perkara yang diajar tanpa rasa disisihkan. Saya berjaya menghasilkan lebih daripada 15 orang pelajar yang mendapat markah A dalam subjek bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan 4.
Saya memfokuskan kepada kefahaman terhadap format peperiksaan terlebih dahulu agar pelajar lebih mudah mendapatkan markah.
About the lesson
- All Levels
- English
All languages in which the lesson is available :
English
Nama panggilan saya ialah Zuhairi, atau lebih mesra dikenali sebagai Zu atau Cikgu Zu. Saya mula menjalankan sesi tuisyen sejak tahun 2021, mengajar subjek Bahasa Melayu kepada pelajar Menengah atas/bawah dan Tingkatan 6. Pada peringkat awal, saya hanya memberi tunjuk ajar kepada kenalan terdekat dalam tempoh 4 hingga 5 bulan bagi setiap sesi.
Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Linguistik Melayu dari Universiti Malaya dan kini melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan di universiti yang sama. Pengajian ini bertujuan memperoleh ikhtisas perguruan yang sah serta memperkukuh pengetahuan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pada 31 Oktober 2025, saya telah menamatkan latihan mengajar selama empat bulan (16 minggu) di SMK Bandar Sri Damansara (1). Saya diamanahkan untuk mengajar pelajar menengah atas dan bawah iaitu mengajar kelas pertengahan dan kelas hadapan. Sepanjang latihan mengajar, saya berjaya membantu pelajar menunjukkan peningkatan ketara dalam Peperiksaan Akhir Tahun (PASA) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Majoriti pelajar memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Saya turut diberi kepercayaan untuk menanda Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu PASA/UASA di bawah bimbingan guru pembimbing, sekali gus memberi saya pemahaman yang mendalam tentang format, teknik penandaan dan kaedah pemarkahan.
Kaedah pengajaran saya bersifat santai tetapi tegas, dengan penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran. Saya gemar menyediakan latihan ringkas namun bermakna agar pelajar lebih mudah memahami dan mengingati konsep. Selain itu, saya mahir menggunakan Canva untuk menghasilkan nota dan bahan pengajaran yang menarik. Saya juga selesa berkomunikasi dengan pelajar daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India, hasil daripada pengalaman berinteraksi secara meluas semasa mengajar di dalam kelas yang berbilang kaum. Dalam PdP, saya sering mengemukakan soalan berunsur KBAT bagi menguji tahap pemikiran dan kefahaman pelajar. Di samping itu, saya amat memberi tumpuan kepada pemahaman format soalan peperiksaan kerana kefahaman yang jelas amat penting untuk memastikan pelajar dapat menjawab dengan tepat.
Selain mengajar, saya turut menekankan aspek motivasi dan perancangan masa depan. Saya gemar berkongsi panduan mengenai peluang melanjutkan pengajian dan kerjaya, kerana ramai pelajar kurang maklumat atau tidak berani mendapatkan nasihat daripada kaunselor. Saya berasa bertanggungjawab membantu mereka membina matlamat hidup yang jelas.
Pendekatan pengajaran saya berfokus kepada penguasaan asas Bahasa Melayu untuk membantu pelajar memperoleh markah yang tinggi. Saya kerap memberi latihan berulangan dan berfasa supaya pelajar tidak cepat lupa. Bagi Kertas 1 (karangan), saya menggunakan teknik TOHUCOKEP (Tajuk, Objektif, Huraian, Contoh, Kesan, Penutup) bagi membimbing pelajar mengeluarkan isi dan huraian sebelum menulis. Kaedah ini membantu mereka mengingat isi dengan lebih baik hasil perbincangan bersama rakan. Saya tidak menggalakkan penggunaan AI seperti ChatGPT dalam penulisan karangan kerana saya mahu pelajar menghasilkan idea asli berdasarkan kefahaman sendiri.
Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran saya bersifat santai tetapi padat dengan isi, menekankan pembelajaran aktif, berdikari, dan berkesan. Dengan pengalaman dan pendedahan ini, saya yakin mampu mengajar dengan berkesan, khususnya bagi pelajar di peringkat menengah
Rates
Rate
- Ksh. 1,424
Pack prices
- 5h: Ksh. 7,119
- 10h: Ksh. 14,238
free lessons
The first free lesson with Zuhairi will allow you to get to know each other and clearly specify your needs for your next lessons.
- 1hr
online
- Ksh. 1,424/h
Similar teachers in Taiping
Wanjala
Kitale & Online
- Ksh. 500/h
- 1st lesson free
Emmanuel
Eldoret & Online
- Ksh. 1,500/h
- 1st lesson free
SARAH
Nairobi & Online
- Ksh. 1,500/h
- 1st lesson free
Victoria
Nairobi & Online
- Ksh. 1,000/h
- 1st lesson free
Sebit
Nairobi & Online
- Ksh. 2,500/h
- 1st lesson free
John
Kisumu & Online
- Ksh. 1,000/h
- 1st lesson free
Elvis
Kitui & Online
- Ksh. 1,299/h
- 1st lesson free
Jojo
Mombasa & Online
- Ksh. 1,290/h
- 1st lesson free
Michael
Kisumu & Online
- Ksh. 1,750/h
- 1st lesson free
Ann
Nairobi & Online
- Ksh. 1,000/h
- 1st lesson free
ISAIAH
Nairobi & Online
- Ksh. 1,500/h
- 1st lesson free
Nelly
Kisumu & Online
- Ksh. 500/h
- 1st lesson free
Evelyn
Nairobi & Online
- Ksh. 1,500/h
- 1st lesson free
Mariam
Kisumu & Online
- Ksh. 2,000/h
- 1st lesson free
Rhoda
Meru & Online
- Ksh. 1,000/h
- 1st lesson free
Jane
Kiambu & Online
- Ksh. 3,500/h
- 1st lesson free
Joan
Ruiru & Online
- Ksh. 1,000/h
- 1st lesson free
Prof Shitanda
Nairobi & Online
- Ksh. 450/h
- 1st lesson free
Karanja
Kahawa Sukari & Online
- Ksh. 2,900/h
- 1st lesson free
Nart Murat
New York, United States & Online
- Ksh. 7,762/h
- 1st lesson free
-
See tutors
